Staff Anak Syarikat MRCB dan Pensyarah Universiti Malaya Terlibat Demonstrasi Bantah Projek Pembangunan Di Selangor

Esok ada satu himpunan di Kuala Lumpur yang dibuat oleh parti pembangkang yang tidak berpuashati kepada kerajaan. Himpunan politik yang dibuat oleh orang politik untuk tunjuk tidak puas hati kepada orang politik juga. Ketua Setiausaha Negara, KSN sudah melarang mana-mana penjawat awam agar tidak terlibat dengan himpunan yang dirancang. Tindakan tegas akan diambil pada yang ingkar.

Dua staff terlalu obses dengan demontrasi

Berlainan pula kisahnya dengan dua orang ini, seorang bernama Abdul Hanan Abd Mokti dan seorang lagi adalah Dr Lam Choong Wah, Timbalan Dekan Department of International and Strategic Studies, Universiti Malaya.

Abdul Hanan Mokti adalah berjawatan Head of Business Consulting di syarikat Multimedia Consulting Sdn Bhd, MCSB. Syarikat MCSB ini adalah antara anak syarikat kepada MRCB.

Semua orang mengetahui MRCB adalah antara konglomerat besar di negara ini. Mengapa boleh biarkan seorang staff yang berjawatan kanan untuk terlibat dalam demonstrasi yang menentang projek pembangunan di negeri Selangor?

Manakala Dr Lam Choong Wah pula adalah pensyarah berkaitan polisi dan hubungan antarabangsa, bagaimana seorang pensyarah dalam bidang yang berlainan boleh menjadi pakar rujuk Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) untuk pembinaan stesen insinerator di Rawang?

Dr Lam bukanlah pakar dalam bidang tersebut mengapa beria-ia bercakap seolah pakar dalam bidang alam sekitar. Dari segi akademik ini adalah satu tindakan yang salah dan bertentangan sama sekali.

Laporan Environmental Impact Assessment, EIA, disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang alam. Dr Lam harus hormat dan akur laporan EIA pada mereka yang lebih pakar dalam bidang alam sekitar, bidang alam sekitar bukan kepakaran Dr Lam.

Apa kaitan MCSB dan MRCB?

Multimedia Consulting Sdn Bhd (MMCSB), dahulunya dikenali sebagai MRCB Multimedia Consortium Sdn Bhd, diasaskan oleh satu konsortium syarikat ICT yang dipimpin oleh MRCB Berhad pada sekitar tahun 1997–1999 untuk membangunkan Human Resource Management Information System (HRMIS) bagi kerajaan Malaysia.

Peranan MMCSB kini adalah sebagai sebagai entiti yang berkait rapat sebagai associate company kepada MRCB, yang menyediakan perkhidmatan teknologi ICT dan perundingan HR serta pengurusan proses organisasi.

Kerajaan sendiri tidak boleh membenarkan Abdul Hanan untuk terus berada di syarikat yang mengawal semua data HRMIS di Malaysia kerana jelas sekali dia telah mempergunakan kedudukan tersebut untuk membuat kerja-kerja yang jelas bertentangan denganya sebagai seorang staff yang berkait rapat dengan MRCB. Ketelusan data dan kebocoran data kemungkinan berlaku disebabkan oleh obsesi tinggi Abdul Hanan terhadap demonstrasi membantah insinerator di Rawang.

Obsesi Abdul Hanan dan Dr Lam terlalu tinggi & keterlaluan

Bukan sekali tetapi berulang kali Abdul Hanan ini berdemonstrasi untuk membantah projek berkenaan. Seolah-olah Abdul Hanan ini terlalu banyak masa dan bekerja full time untuk memastikan demonstrasi dan bantahan itu berjaya.

Apakah ada gaji atau elaun tambahan daripada MRCB untuk memastikan Abdul Hanan ini bertindak sebegitu aktif membantah projek itu? Apa dorongan yang membuatkan Abdul Hanan begitu obses sekali terlibat? Untuk kepentingan pihak tertentu yang berkait rapat dan baik dengan MRCB?

Sama seperti Dr Lam, seorang pensyarah dalam bidang akademik tidak sepatutnya terlibat dalam demonstrasi menentang projek pembangunan yang membawa kesejahteraan kepada rakyat negeri Selangor dari segi pengurangan tempat pembuangan sampah (landfill).

Dr Lam berada dalam bidang yang berlainan. Selain menjadi pensyarah di UM, Dr Lam juga adalah penyelidik kanan kepada Research For Social Advancement, REFSA iaitu sebuah badan pemikir kepada parti politik Democratic Action Party, DAP.

Biarpun Dr Lam dahulu aktif berdemonstrasi dalam BERSIH, itu tidak menjustifikasikan Dr Lam untuk terus obsess berdemonstrasi menentang apa sahaja menerusi cara jalanan dan haluan kiri.

Dr Lam sewajarnya bertindak matang sebagai seorang penjawat awam dan sebagai seorang pensyarah untuk menilai sesuatu perkara secara fakta dan tidak melulu mengikut entiti yang sudah terang lagi bersuluh tidak diiktriraf undang-undang negara dan juga persatuan-persatuan yang berkait dengan alam sekitar di Malaysia.

JRTI adalah entiti yang tidak sah dari segi perundangan

Bila dibuat semakan menerusi Akta Pertubuhan 1966 (melalui ROS) dan Syarikat Terhad oleh Jaminan (CLBG) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak dijumpai langsung adanya nama Jaringan Rawang Tolak Insinerator (JRTI) sebagai sebuah entiti yang sah dan berdaftar di negara ini.

Malah NGO seperti GAIA Asia Pacific, Sahabat Alam Malaysia, Green­peace Malaysia juga turut tidak mengiktiraf JRTI ini sebagai satu entiti yang sah dan berada dalam naungan mereka. Oleh itu, entiti JRTI ini adalah satu entiti yang haram dan tidak sah dari segi perundangan di Malaysia.

Bagaimana MRCB dan Universiti Malaya boleh membiarkan staff mereka terlibat sama dengan sebuah entiti yang tidak sah dan haram di Malaysia? Itu sesuatu yang melanggar undang-undang negara ini. JRTI tidak muncul dalam mana-mana repositori rasmi organisasi yang didaftar di Malaysia, bermakna sah JRTI ini adalah entiti yang haram.

Isu yang dibawa oleh JRTI tidak ada kredibiliti & tuduhan berulang

Apabila sebuah entiti yang tidak sah dan haram membangkitkan sesuatu isu yang sebenarnya sudah pun terjawab dalam laporan EIA. Kredibiliti isu yang dibawa itu sebenarnya boleh dipertikaikan. Sebuah pertubuhan haram boleh sahaja bercakap apa sahaja biarpun sudah ada laporan sah oleh EIA yang sudah memuktamadkan pembangunan Waste To Energy, WTE itu bukanlah seperti yang didakwa oleh JRTI.

Terbaru, laporan akhbar The Star bertarikh 22 Julai 2025 menyiarkan laporan JRTI yang diketuai oleh Abdul Hanan dan Dr Lam terhadap ketelusan dan ketepatan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) projek ini.

Namun bila dikaji kembali, perkara yang dibangkitkan oleh mereka majoritinya adalah isu lama yang berulang dan sudah pun diselesaikan menerusi perundingan, penyelesaian menerusi kajian setempat dan pandangan yang cukup mendalam daripada pakar-pakar dalam bidang WTE.

Berdasarkan laporan EIA, tinjauan Eletrical Resistivity Tomography (ERT) telah dijalankan pada tahun 2023 dan 2024 di tapak WTE Rawang untuk menganalisis keadaan geologi di tapak projek. Berdasarkan tinjauan, laporan tersebut telah menolak kewujudan terowong bekas perlombongan sebagaimana yang diwar-warkan oleh kumpulan yang membantah pembinaan WTE itu.

Lihat video ini, bagaimana sebuah pusat WTE di Denmark beroperasi dan ianya memberi kesan positif kepada penduduk sekitar. Teknologi WTE hari ini sudah berkembang baik dan tidak sebagaimana yang cuba dihantukan oleh mereka yang mengajak rakyat membantah.

Kesimpulan

Projek WTE ini memberi impak positif dari segi alam sekitar dan ekonomi kepada penduduk setempat dan negeri Selangor, ianya tidak harus digagalkan oleh desakan daripada sebuah NGO haram dan tidak sah daripada segi perundangan di Malaysia.

Malah dua orang staff MRCB dan Universiti Malaya itu perlu berhenti bermain dengan polemik atas kapasiti mereka sebagai staff syarikat yang bernama besar dan penjawat awam. Rosak nama MRCB dan Universiti Malaya jika dibiarkan dua orang staff ini terus terusan dengan perangai peribadi mereka. Tindakan mereka berdua ini menghalang pembangunan WTE yang dikenali sebagai Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant, yang disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga KDEB Waste Management. 

Back To Top